About Me

Foto saya
taiping, perak, Malaysia
: :|Mohd Faizal bin Ahmad|: :

Khamis, 29 April 2010

testing lg

0 ulasan
testing

Ahad, 28 Mac 2010

MANDI - MANDA d' TAIPING

0 ulasan
-sekiranya anda @ keluarga menggemari aktiviti mandi-manda, Bandar Taiping antara lokasi yg sesuai utk menjalankan aktiviti tersebut. Bandar Taiping mempunyai lokasi mandi-manda yang menarik seperti Taman Tema Air, Bukit Merah Laketown Resort ( Waterpark ), kawasan riadah Taman Suria, Burmese Pool (di kaki Bukit Larut)dan juga kawasan riadah Bukit Jana.
Jika anda memilih untuk mandi-manda di Bukit Merah Water Park, anda hanya dikenakan bayaran sebanyak rm25 sahaja untuk masuk. Di sini, anda boleh memilih samada untuk mandi di pantai buatan ( siap dengan ombak buatan ), menaiki 'boomerang' dan macam2 lagi kemudahan mandi-manda yang disediakan..
Sekiranya anda ingin mandi-manda sambil menikmati keindahan alam semulajadi, Burmese Pool, Tmn Suria dan Bukit Jana adalah tempatnya.. Di sini,anda boleh merasai kedinginan air sungai yg mengalir dari Bukit Larut. Di samping itu, di sini anda juga boleh menjalankan aktiviti berkelah dan BBQ.
Jadi, sekiranya anda ke Bandar Taiping, pastikan anda jadikan acara mandi-manda antara aktiviti wajib anda..JOM MANDI-MANDA...

Selasa, 12 Januari 2010

BERMALAM 'd' TAIPING

0 ulasan
-sekiranya anda adalah pengunjung yang datang dari jauh,jgn khuatir tentang penginapan. Bandar Taiping menyediakan pilihan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Jadikan tidur malam anda di Bandar Taiping satu pengalaman indah.

HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING

-untuk maklumat lanjut, layari: http://www.serimalaysia.com.my/serimalaysia/web/hotel_overview.php?hotel=taiping

HOTEL PANORAMA

-untuk maklumat lanjut,layari: http://www.panoramataiping.com

LEGEND INN TAIPING

-untuk maklumat lanjut,layari http://www.legendinn.com

Rabu, 16 Disember 2009

JOM MAKAN 'd' TAIPING

0 ulasan
Sedikit info tentang lokasi-lokasi untuk menikmati makanan yang sedap dan patut dicuba jika berkunjung ke Taiping. Selamat menjamu selera..

GERAI PURNAMA
-ceriakan pagi anda di Taiping dengan menikmati hidangan NASI LEMAK 3 RASA yang lazat di Gerai Purnama.Terletak berhadapan dengan Penjara Taiping dan Muzium Perak.

DOLI KUEY TEOW GORENG
-antara lokasi menjamu selera pada yg akan dicari oleh pengunjung-pengunjung yg datang ke Taiping.Anda pun patut cuba merasai hidangannya..


ANSARI FAMOUS CENDOL
-rasai sendiri keenakkan cendol dan pasembor di ANSARI FAMOUS CENDOL.Anda pasti teruja..


MEE UDANG KUALA SEPETANG
-ingin nikmati sepinggan mee udang yg dipenuhi dengan udang-udang segar? Berkunjunglah ke Kuala Sepetang @ Port Weld yang terkenal dengan keenakkan mee udangnya.Banyak pilihan gerai di sini.


RESTORAN SELERA MALAM
-nikmati hidangan Nasi Ayam Hainan yg menyelerakan di restoran ini.Terdapat 4 cawangan di sekitar Taiping dan Kamunting.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YG HARUS DIKUNJUNGI

0 ulasan
Jika anda berkunjung ke Taiping, banyak tempat-tempat menarik yg patut anda kunjungi. Sila lihat foto-foto di sini. Pasti anda tertarik untuk melihat dan merasai sendiri keistimewaan tempat-tempat yg ditunjukkan.

TAMAN TASIK TAIPING


ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI


BUKIT LARUT


MUZIUM PERAK



PENJARA TAIPING


KOTA NGAH IBRAHIM

Ahad, 29 November 2009

INFO TAIPING

0 ulasan
Taiping
太平
تايڤيڠ

Koordinat: 4°51′N 100°44′E / 4.85°N 100.733°E / 4.85; 100.733
Negara: Malaysia
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang & Selama
Kerajaan
- Jenis: Perbandaran
Kawasan
- Jumlah 72 sq mi (186.46 km²)
Penduduk (2007)
- Jumlah 191,104 [2]
- Kepadatan 3,100.2/sq mi (1,197/km²)
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod: 34xxx
Kod kawasan: 05

WAKTU SOLAT, IFTAR DAN IMSAK
Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 2 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 2 bagi Waktu Solat Negeri Perak

Jumaat, 20 November 2009

SEJARAH BANDAR TAIPING

0 ulasan






Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.