Sedikit info tentang lokasi-lokasi untuk menikmati makanan yang sedap dan patut dicuba jika berkunjung ke Taiping. Selamat menjamu selera..
GERAI PURNAMA
-ceriakan pagi anda di Taiping dengan menikmati hidangan NASI LEMAK 3 RASA yang lazat di Gerai Purnama.Terletak berhadapan dengan Penjara Taiping dan Muzium Perak.
DOLI KUEY TEOW GORENG
-antara lokasi menjamu selera pada yg akan dicari oleh pengunjung-pengunjung yg datang ke Taiping.Anda pun patut cuba merasai hidangannya..
ANSARI FAMOUS CENDOL
-rasai sendiri keenakkan cendol dan pasembor di ANSARI FAMOUS CENDOL.Anda pasti teruja..
MEE UDANG KUALA SEPETANG
-ingin nikmati sepinggan mee udang yg dipenuhi dengan udang-udang segar? Berkunjunglah ke Kuala Sepetang @ Port Weld yang terkenal dengan keenakkan mee udangnya.Banyak pilihan gerai di sini.
RESTORAN SELERA MALAM
-nikmati hidangan Nasi Ayam Hainan yg menyelerakan di restoran ini.Terdapat 4 cawangan di sekitar Taiping dan Kamunting.
Rabu, 16 Disember 2009
TEMPAT-TEMPAT MENARIK YG HARUS DIKUNJUNGI
Jika anda berkunjung ke Taiping, banyak tempat-tempat menarik yg patut anda kunjungi. Sila lihat foto-foto di sini. Pasti anda tertarik untuk melihat dan merasai sendiri keistimewaan tempat-tempat yg ditunjukkan.
TAMAN TASIK TAIPING
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
BUKIT LARUT
MUZIUM PERAK
PENJARA TAIPING
KOTA NGAH IBRAHIM
TAMAN TASIK TAIPING
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
BUKIT LARUT
MUZIUM PERAK
PENJARA TAIPING
KOTA NGAH IBRAHIM
Ahad, 29 November 2009
INFO TAIPING
Taiping
太平
تايڤيڠ
Koordinat: 4°51′N 100°44′E / 4.85°N 100.733°E / 4.85; 100.733
Negara: Malaysia
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang & Selama
Kerajaan
- Jenis: Perbandaran
Kawasan
- Jumlah 72 sq mi (186.46 km²)
Penduduk (2007)
- Jumlah 191,104 [2]
- Kepadatan 3,100.2/sq mi (1,197/km²)
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod: 34xxx
Kod kawasan: 05
WAKTU SOLAT, IFTAR DAN IMSAK
Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 2 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 2 bagi Waktu Solat Negeri Perak
太平
تايڤيڠ
Koordinat: 4°51′N 100°44′E / 4.85°N 100.733°E / 4.85; 100.733
Negara: Malaysia
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang & Selama
Kerajaan
- Jenis: Perbandaran
Kawasan
- Jumlah 72 sq mi (186.46 km²)
Penduduk (2007)
- Jumlah 191,104 [2]
- Kepadatan 3,100.2/sq mi (1,197/km²)
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod: 34xxx
Kod kawasan: 05
WAKTU SOLAT, IFTAR DAN IMSAK
Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 2 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 2 bagi Waktu Solat Negeri Perak
Jumaat, 20 November 2009
SEJARAH BANDAR TAIPING
Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.
Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Langgan:
Catatan (Atom)